Layari Facebook kami untuk berita terkini :


السلام عليكم ورحمةالله


MISI QURBAN, AQIQAH, DAKWAH & KEMANUSIAAN

ANJURAN YAYASAN AMAL MALAYSIA

Program melalui AMAL QURBAN ini adalah bagi menyantuni mangsa bencana kemanusiaan (kebuluran/peperangan/IDPs/pelarian/penyisihan lantaran penafian hak beragama terhadap masyarakat minoriti Islam dan lain-lain) di pelbagai pelusuk dunia. Program ini juga bersekali gerakerja dakwah & membina rangkaian kerja dakwah Pusat Dakwah Serantau PDS, Yayasan Amal Malaysia .
Misi Qurban, Aqiqah dan Kemanusiaan kali ini kami tumpukan ke Dafur Sudan (kawasan paling bergolak), Ethiopia, Uganda (minority Muslim) dan Republic of South Sudan (17% muslim -amat tertindas)
Kami yakin Tuan/Puan bersedia bersama kami untuk menjayakan hasrat murni ini dengan turut bersama menunaikan ibadat qurban atau aqiqah tuan/puan dibumi tempat menginapnya umat Islam yg kurang bernasib baik & tertindas ini. Sekurang-kurangya kita umat Islam di Malaysia turut menyatakan rasa kebersamaan kita dengan mereka walaupun hanya setahun sekali.
HomeHome
  • (QS At Taghabun: 16)
    "Maka bertakwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan nafkahkanlah nafkah yang baik untuk dirimu[1480]. dan Barangsiapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, Maka mereka Itulah orang-orang yang beruntung"
    (QS At Taghabun: 16)
  • (HR Abu Daud (2842). Hadits hasan)
    “Barangsiapa yang anaknya lahir lalu dia ingin menyembelih (aqiqah) untuknya maka hendaknya dia menyembelih dua kambing yang serupa sifatnya untuk anak lelaki dan seekor kambing untuk anak perempuan.”
    (HR Abu Daud (2842). Hadits hasan)
  • (HR Bukhari secara mu’allaq dan diwashalkan oleh Thahawi, juga riwayat Abu Dawud)
    Hadits yang disebutkan Imam Ibnul Qayyim rahimahullah ini kami dapati dengan lafazh : مَعَ الْغُلاَمِ عَقِيٌَةٌ، فَأَهْرِيْقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيْطُوا عَنْهُ الأَذَى Bersama seorang bayi ada aqiqah, maka alirkan darah (yaitu, sembelihan aqiqah) untuknya dan singkirkan kotoran (yaitu cukurlah rambutnya) darinya.
    (HR Bukhari secara mu’allaq dan diwashalkan oleh Thahawi, juga riwayat Abu Dawud)
  • (al-Baqarah/2 : 254)
    "Wahai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi syafa’at."
    (al-Baqarah/2 : 254)
  • (al-Baqarah/2 : 48)l
    "Dan jagalah dirimu dari (azab) hari (kiamat, yang pada hari itu) seseorang tidak dapat membela orang lain, walau sedikitpun; dan (begitu pula) tidak diterima syafa’at."
    (al-Baqarah/2 : 48)l
  • (Luqman/31 : 33)
    "Hai manusia, bertakwalah kepada Rabbmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun."
    (Luqman/31 : 33)
  • (Al-Baqarah: 267)
    “Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu memilih yang buruk-buruk lalu kamu nafkahkan daripadanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan memicingkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahwa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”
    (Al-Baqarah: 267)
  • (HR. Baihaqi dan Thabrani)
    “Aqiqah itu disembelih pada hari ketujuh, atau keempat belas , atau keduapuluh satunya."
    (HR. Baihaqi dan Thabrani)
  • Sabda Rasulullah SAW
    "Barangsiapa yang dikaruniai seorang anak, lalu ia menyukai hendak membaktikannya (mengaqiqahinya), maka hendaklah ia melakukannya."
    Sabda Rasulullah SAW
  • (HR. Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi)
    Aisyah berkata, “Rasulullah Saw pernah beraqiqah untuk Hasan dan Husein pada hari ketujuh…”
    (HR. Ibnu Hibban, Hakim dan Baihaqi)
  • (Hadits Sahih Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’I, Ibnu Majah, Baihaqi dan Hakim)
    “Setiap anak yang lahir tergadai aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh, dan pada hari itu ia diberi nama dan digunduli rambutnya.”
    (Hadits Sahih Riwayat Ahmad, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa’I, Ibnu Majah, Baihaqi dan Hakim)
  • (Hadis riwayat Muslim)
    "Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan pelindung yang dikenakannya serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri.”
    (Hadis riwayat Muslim)
  • (Hadis riwayat al-Muslim)
    "Makan dan simpanlah serta sedekahkanlah (daging korban itu)."
    (Hadis riwayat al-Muslim)
  • (Hadis riwayat al-Bukhari)
    "Nabi s.a.w pernah berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri yang bagus lagi bertanduk. Baginda menyembelih kedua-duanya dengan tangan baginda sendiri."
    (Hadis riwayat al-Bukhari)
  • (Hadis riwayat al-Bukhari)
    "Sudah menjadi kebiasaan baginda menyembelih dan berkorban di musolla."
    (Hadis riwayat al-Bukhari)
  • (Hadis Riwayat Muslim)
    إِذَا رَأَيْتُمْ هِلاَلَ ذِي الْحِجَّةِ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلْيُمْسِكْ عَنْ شَعْرِهِ وَأَظْفَارِهِ Maksudnya: "Jika telah masuk sepuluh hari pertama bulan Dzulhijjah dan salah seorang antara kamu semua ingin menyembelih korban, janganlah memotong rambut dan kukunya walau sedikit."
    (Hadis Riwayat Muslim)
  • (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari)
    "Sesiapa yang menyembelih sebelum dia solat (Aidiladha), dia hendaklah mengulanginya."
    (Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahih al-Bukhari)
  •  (Hadis riwayat Abu Hurairah ra)
    Tidak ada lagi fara` (anak unta pertama yang disembelih untuk berhala-berhala mereka) dan tidak pula atirah (haiwan ternak yang disembelih pada sepuluh hari pertama dari bulan Rajab). Ibnu Rafi` menambahkan dalam riwayatnya: Fara` adalah anak ternakan pertama yang disembelih oleh pemiliknya.
    (Hadis riwayat Abu Hurairah ra)
  • (Hadis riwayat al-Hakim)
    "Siapa yang menjual kulit korban (udhiyyah) itu maka tiada dikira korban baginya."
    (Hadis riwayat al-Hakim)
  • (Surah Al-Haj ayat 37)
    "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yan sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu"
    (Surah Al-Haj ayat 37)
  • (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
    "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu"
    (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
  • (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
    "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan"
    (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
  • (Surah al-Haj : ayat 37)
    “Daging-daging korban dan darahnya itu, sekali-kali tidak dapat mencapai (keredhaan) Allah, akan tetapi (keikhlasan) yang lahir dari ketaqwaan darimulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah memudahkan bagimu (binatang korban itu) untuk kamu supaya kamu mengagongkan Allah lantaran petunjukNya kepadamu dan berilah berita gembira kepada orang-orang yang melakukan kebaikan.”
    (Surah al-Haj : ayat 37)
  • (Surah Al-Haj: ayat 36)
    Dan berilah makan kepada orang yang redha dengan apa yang ada pada dirinya (orang yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta.”
    (Surah Al-Haj: ayat 36)
  • (Surah Al-Haj : Ayat 28)
    “ Maka makanlah sebahagian daripadanya dan (sebahagian lain) berikanlah untuk dimakan oleh orang-orang sengsara lagi fakir.”
    (Surah Al-Haj : Ayat 28)
  • (Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)
    “ Sekiranya kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang dari kamu mahu melakukan korban maka biarkan (jangan dipotong) rambut dan kuku-kukunya.”
    (Hadis diriwayatkan oleh semua Imam kecuali Bukhari)
  • (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
    “Ya Allah terimalah kurban Muhammad, ahli kelurganya dan umatnya.”
    (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)
  • (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
    Daripada Anas bahawa Rasulullah SAW telah melakukan korban dengan dua ekor kambing yang baik-baik, beliau menyembelihnya sendiri, beliau membaca bismillah dan beliau bertakbir.”
    (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
  • (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)
    “ Dengan nama Allah dan Allah Maha besar, Ya Allah ini adalah (korban) dariku dan daripada mereka yang tidak mampu untuk berkorban dari kalangan umatku.”
    (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmizi)
  • (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)
    “Bangunlah menuju tempat binatang korbanmu dan saksikanlah, kerana ia akan menyebabkan dosamu terampun bagi setiap titisan darah yang tumpah, bagi setiap satu dosa yang pernah engkau lakukan…”
    (Hadis riwayat Al-Hakim, Al-Baihaqiy dan At-Tabraniy)
  • (Hadis riwayat Ahmad)
    “Semua hari tasyrik (iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah), adalah waktu yang dibolehkan untuk menyembelih qurban.”
    (Hadis riwayat Ahmad)
  • (Hadis riwayat Al-Bukhari)
    “Barangsiapa yang menyembelih korban sebelum solat Hari Raya Haji, sesungguhnya dia menyembelih untuk dirinya sendiri dan barangsiapa menyembelih korban sesudah solah Hari Raya dan dua khutbahnya, sesungguhnya dia telah menyempurnakan ibadahnya dan telah menepati sunnah atau aturan umat Islam.”
    (Hadis riwayat Al-Bukhari)
  • (Hadis Riwayat Muslim)
    “Kami telah menyembelih korban bersama dengan Rasulullah SAW, pada Tahun Hudhaibiyah, seekor unta untuk tujuh orang dan seekor lembu untuk tujuh orang.”
    (Hadis Riwayat Muslim)
  • (Hadis riwayat Muslim)
    “ Empat jenis binatang yang tidak sah dijadikan qurban, yang rosak matanya, yang sakit, yang pincang dan yang kurus dan tidak mempunyai isi.”
    (Hadis riwayat Muslim)
  • (Surah al-Haj : ayat 32)
    “Demikianlah perintah Allah dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syiar agama Allah, maka (perbuatan) itu timbul dari ketaqwaan hati.”
    (Surah al-Haj : ayat 32)
  • (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)
    “Itulah sunnah daripada bapa kamu, Ibrahim…”
    (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Al-Hakim)
  • (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)
    “ Diwajibkan ke atasku supaya berkorban dan tidak diwajibkan ke atas kamu.”
    (Hadis riwayat Dar al-Qutniy)
  • (Hadis riwayat at-Tirmizi)
    “Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunnah bagi kamu.”
    (Hadis riwayat at-Tirmizi)
  • (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
    Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu sembahyanglah engkau pada Hari Raya Haji dan sembelihlah (binatang) korbanmu.”
    (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)
  • (Surah As-Soffaat : ayat 107)
    “ Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibas) yang besar.”
    (Surah As-Soffaat : ayat 107)
  • (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
    “Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berkorban, akan tetapi dia tidak mahu berkorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid) ini.”
    (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
  • (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
    Para sahabat bertanya lagi : “Apakah yang kita akan perolehi daripada ibadah Udhiyyah?” Baginda menjawab : “ Tiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan) kamu akan mendapat satu kebaikan.”
    (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
  • ( Al-Haj ; 36)
    “Dan telah Kami (Allah) jadikan untuk kamu unta-unta itu sebagai syiar agama Allah. Kamu banyak memperoleh kebaikan daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya.”
    ( Al-Haj ; 36)
  • Surah al-Maidah, Ayat 27
    “Dan bacakanlah kepada mereka berita tentang dua anak Adam iaitu Habil dan Qabil dengan benar, ketika anak Adam itu mempersembahkan korbannya, maka Allah menerima korban salah seorang dari keduanya iaitu Habil dan tidak diterima korban yang seorang lagi iaitu Qabil. Qabil berkata: ‘Aku pasti membunuhmu?’ Habil berkata: ‘Sesunguhnya Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa”
    Surah al-Maidah, Ayat 27
  • Sabda Rasulullah SAW
    “Buangkan pisau yang ada di tanganmu, kemudian rukuklah (solatlah) dua rakaat kerana sesungguhnya tiada seorang yang solat dua rakaat (selesai meyembelih) dan memohon sesuatu kepada Allah, melainkan Allah akan memperkenankannya.”
    Sabda Rasulullah SAW
  • Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
    “Yang mula-mula kami perbuat pada hari kami ini (hari raya haji) ialah kami solat kemudian pulang, lalu kami meyembelih. Sesiapa berbuat begitu maka dia sesuai dengan sunah kami. Sebaliknya sesiapa yang menyembelih sebelum itu, maka sesungguhnya itulah daging yang disuguhkan kepada keluarganya tidak sedikitpun termasuk ibadat (korban).”
    Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
  • Hadis Muslim dari Jabir:
    “Pada musim haji, Rasulullah s.a.w. telah menyuruh kami berkongsi 7 orang pada seekor unta dan seekor lembu.”
    Hadis Muslim dari Jabir:
  • At-Tarmidzi dan Ibnu Majah dari ‘Athaa ibn Yasar
    Aku telah bertanya kepada Abu Ayub Al-Anshary: Berapakah korban yang tuan-tuan lakukan pada masa Rasulullah? Abu Aiyub menjawab: Ada seorang lelaki pada masa Nabi s.aw. berudhiyah seekor kambing untuk dirinya dan ahli keluarganya. Mereka makan sebahagian daging itu dan sebahagian diberikannya kepada orang lain, hingga manusia telah termengah-mengahan dengan udhiyah itu, dan terjadilah seperti engkau persaksikan sekarang ini.”
    At-Tarmidzi dan Ibnu Majah dari ‘Athaa ibn Yasar
  • Riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi’i
    “Rasulullah s.a.w. berkorban dengan dua ekor kambing yang putih kehitaman dan buah zakarnya telah mengembang sehingga dagingnya lebih baik dan enak. Kemudian beliau meyerukan untuk berlumba-lumba memilih haiwan korban yang terbaik.”
    Riwayat Imam Ahmad pula, Abu Rafi’i
  • Riwayat Tarmizi
    “Empat perkara yang tidak boleh pada haiwan korban ialah yang nyata benar buta matanya, yang nyata benar sakitnya, yang nyata benar pincang kakinya dan yang kurus kering tidak ada sum-sumnya"
    Riwayat Tarmizi
  • Rasulullah SAW telah bersabda oleh Ummu Salamah
    “Apabila kamu melihat awal bulan Zulhijjah, dan salah seorang di antara kamu bermaksud akan berkorban, maka hendaklah ia menahan rambut dan kuku-kukunya.”
    Rasulullah SAW telah bersabda oleh Ummu Salamah
  • Sabda Rasulullah SAW
    “Sesiapa yang mempunyai kelapangan, tetapi tidak berkorban, janganlah ia mendekati tempat solat kami.”
    Sabda Rasulullah SAW
  • Sabda Rasulullah SAW
    “Sesiapa yang mempunyai kelapangan tetapi tidak berkorban, maka hendaklah dia mati dalam keadaan mati Yahudi atau mati Nasrani, jika dia mahu.”
    Sabda Rasulullah SAW
  • Sabda Rasulullah SAW
    “Bukankah korban itu termasuk ibadah yang menyelamatkan orang, yakni menyelamatkan orang yang empunyanya daripada kejahatan dunia dan akhirat.”
    Sabda Rasulullah SAW
  • Sabda Rasulullah SAW
    “Umatku yang baik ialah mereka yang berkorban dan umatku yang jahat ialah mereka yang tidak berkorban.”
    Sabda Rasulullah SAW
  • Sabda Rasulullah SAW
    “Muliakanlah korban-korbanmu, kerana nanti dia menjadi kenderaan kamu ketika melalui titian Siratal Mustaqim.”
    Sabda Rasulullah SAW
  • “Barangsiapa berkelebihan (dalam harta) tetapi tidak meyembelih haiwan korban, janganlah dia mendekati masjidku.”
    (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
  • (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)
    “Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah daripada Bani Adam ketika hari raya Eidul Adha selain menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu dan kukunya. Dan sesungguhnya darah haiwan korban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Kerana itu, bahagiakan dirimu dengannya.”
    (Riwayat Tirmizi, Ibnu Majah dan Hakim)


Home

Qurban

Kami akan menguruskan Qurban anda di kawasan Afrika diantaranya di Dafur, Sudan, Ethiopia, Uganda dan Republic of South Sudan.
Baca Lebih Lanjut
Home

Aqiqah

Kami akan uruskan Aqiqah bagi pihak anda termasuklah jamuan Aqiqah kepada orang yang layak. Amal Qurban Murah, Mudah dan Meyakinkan.
Baca Lebih Lanjut

Kenapa Anda Perlu Memilih Amal Qurban

SEBAGAI RAKAN QURBAN DAN AQIQAH ANDA


Mudah

Penyertaan Qurban, Aqiqah dan juga Wakaf Al-Quran kini lebih mudah dengan pendaftaran dan pembayaran secara atas talian (online) anda boleh melakukannya pada bila-bila masa dan dimana jua, kami juga telah menerima bayaran melalui Visa dan Master Kad selain menerima juga pembayaran melalui FPX Daftar Sekarang Klik Disini

 

Murah

Amal Qurban menawarkan harga yang sememangnya murah dan tidak membebankan. Sebahagian lembu Qurban dan Aqiqah hanya RM350 manakala untuk kambing pula hanya RM450 Seekor, semoga ini dapat membantu anda melaksanakan perintah dari Nya Daftar Sekarang Klik Disini

Meyakinkan

AMAL MALAYSIA berpengalaman selama lapan tahun dalam aktiviti dan program ibadah Qurban dan Aqiqah di negara Afrika. Antara tempat yang menjadi keutamaan kami sewaktu menjalankan misi adalah di kawasan pelarian seperti Darfur, Sudan, Ethiopia, Uganda dan juga Republic of South Sudan. Selain melakukan permuafakatan dengan NGO tempatan, AMAL MALAYSIA juga telah diiktiraf dan mendapat kerjasama penuh daripada kerajaan Sudan Daftar Sekarang Klik Disini



Berita Amal Qurban

BERITA TERKINI DARI AMAL QURBAN




Tunai Ibadah Qurban Dengan 3 Langkah Mudah

AMAL QURBAN MURAH, MUDAH DAN MEYAKINKAN
120

Ekor Kambing


Telah disumbangkan
115

Naskah Al-Quran


Telah disumbangkan
19

Bahagian Lembu


Telah disumbangkan

Jumlah sumbangan setakat ini bertarikh   [16 April 2019]