fbpx
Qurban Ketika Pandemik? Ketahui Sebab Mengapa Ibadah Ini Masih Perlu Dilakukan
June 3, 2021
‘Pada Setiap Helai Bulunya Akan Memperoleh Satu Kebaikan’ Ibadah Korban Kaedah Terbaik Mendekatkan Diri Dengan Allah SWT
June 3, 2021

Syawal adalah antara bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh umat Islam saban tahun. Ini kerana ramai yang teruja ingin menyambut ketibaan hari raya Aidilfitri selepas sebulan berpuasa di bulan Ramahan. Bagaimanapun, bukan Aidilfitri sahaja yang disambut meriah buat umat Islam, Hari Raya Aidiladha juga merupakan antara yang ditunggu-tunggu oleh orang ramai atau sinonimnya dipanggil Hari Raya Korban. Setiap tahun pasti ada sahaja yang menumbangkan sama ada lembu, kerbau, kambing malahan juga unta buat menjalankan ibadah korban itu sendiri.

Tetapi hakikatnya, masih ramai yang keliru diantara ibadah korban dan aqiqah. Pelbagai persoalan yang timbul apabila ditanya mengenai dua ibadah ini, antaranya ialah dua-dua sembelih binatang tapi apa bezanya? Kenapa korban dilakukan sekali setahun dan aqiqah boleh dilakukan bila-bila? Bagi mereka yang mungkin kurang memahami perbezaan dua ibadah ini, mari belajar apakah itu korban dan apakah itu aqiqah.

Sebenarnya tidak banyak perbezaan diantara korban dan aqiqah ini. Hukum bagi kedua-dua ibadah ini merupakan sunat muakkad dan bukanlah wajib dilakukan dan cuma tujuan dilaksanakan itu adalah berbeza. Seperti korban, ianya dilakukan bagi menghampirkan diri kepads Allah dan bagi mengenang kembali peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan aqiqah pula dilaksanakan adalah bertujuan atas tanda kesyukuran kerana dikurniakan cahaya mata. Haa itu pun sudah jelas perbezaannya.

Antara perbezaan lain pula ialah ibadah korban ini hanya boleh dilakukan ketika bulan Zulhijjah iaitu pada 10 Zulhijjah bersamaan dengan Hari Raya Aidiladha, di mana juga dikenali sebagai Hari Raya Haji dan Hari Raya Korban. Korban juga boleh dilakukan ketika hari-hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Bagi tarikh-tarikh Islam ini anda hendaklah rujuk kepada kalendar Islam. Manakala bagi ibadah aqiqah pula, anda boleh laksanakannya pada bila-bila masa tidak kira bulan apa sahaja. Ianya bergantung kepada kemampuan anda sendiri.

Selain itu, setiap ibadah ini juga akan dilakukan sesi pembahagian daging tidak kira kepada saudara mara ataupun jiran tetangga. Tetapi apa yang anda perlu tahu ialah kedua-dua daging sembelihan korban dan aqiqah tidak boleh diberikan kepada mereka yang bukan Islam. Jadi sebelum membuat pembahagian, pastikan anda mengenali dahulu siapakah penerima tersebut. Bagaimanapun, jika diikutkan cara Rasulullah, daging korban dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sepertiga untuk diri sendiri dan keluarga, sepertiga untuk fakir miskin dan sepertiga lagi buat orang ramai. Pun begitu, lebih afdhal jika daging yang dibahagi dari ibadah korban adalah daging mentah dan afdhal daging yang telah dimasak bagi ibadah aqiqah.

Antara perbezaan lain ialah bilangan bahagian binatang yang digunakan. Bagi korban, minima bagi binatang adalah satu bahagian manakala buat aqiqah pula mengikut jantina anak iaitu lelaki bersamaan dua bahagian dan perempuan bersamaan satu bahagian. Walaupun perbezaan bahagian binatang itu ketara, tetapi dari segi jenis binatang yang diguna adalah sama, iaitu inatang ternakan (an’am) seperti unta, lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.

Walaubagaimanapun, ibadah korban dan aqiqah tidak boleh digabungkan dalam satu masa. Jika seseorang itu berniat ibadah korban dan aqiqah ke atas seekor kambing dan satu bahagian, sekaligus kedua-dua ibadah itu dianggap batal. Maka pastikan niat anda betul sebelum melaksanakannya. Sehubungan itu, ibadah korban dan aqiqah ini tidaklah sesukar yang disangka, ini kerana kedua ibadah ini boleh dilaksanakan secara berwakil tanpa perlu pihak yang melaksanakan itu ada bersama di tempat ibadah itu dilaksanakan. Maka dengan itu anda boleh menggunakan khidmat seperti Amal Qurban bagi melaksanakan ibadah korban dan aqiqah yang anda inginkan.