fbpx
Tidak Boleh Gabung Niat, Penerima Daging Haruslah Beragama Islam, Ketahui Perbezaan Antara Qurban & Aqiqah Sebelum Laksanakannya
June 3, 2021
Amal Qurban Laksana Program Qurban & Sedekah Qurban Di Gaza
June 11, 2021

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada hari al-Nahr (Aidiladha) yang lebih dicintai oleh ALLAH selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan mendapat reda ALLAH SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan ibadah berkorban).”

Tujuan ibadah korban dilakukan adalah sebagai salah satu amalan bagi mendekatkan diri dengan Allah SWT. Ibadah korban ini juga adalah salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam.  Korban yang membawa maksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. Ibadah ini juga dilaksanakan ketika tiba bulan Zulhijjah.

Sebagai mana ibadah solat, ibadah korban ini juga merupakan kaedah terbaik yang boleh dilakukan bagi lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT, di mana ini juga merupakan satu aspek takwa seseorang individu ataupun hamba Allah itu kepada-Nya. Ini juga telah ditetapkan dalam firman Allah melalui surah al-Maidah ayat 27,

 “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang yang bertakwa.”

Dalam ayat lain selanjutnya Allah berfirman yang bermaksud;

“Daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.” – [surah Al Hajj ayat 37].

Antara hikmah ibadah korban adalah ianya disyariatkan sebagai tanda kesyukuran terhadap Allah SWT atas kurniaannya yang tidak berbelah bagi dan pelbagai. Ibadah korban ini juga dianggap sebagai satu sedekah dan ianya diberi ganjaran yang berlipat kali ganda. Melalui ibadah korban, anda dapat membantu golongan yang memerlukan terutamanya fakir miskin yang susah untuk merasai nikmat memakan daging. Membantu golongan susah ini merupakan antara sifat mukmin yang besar.

Selain itu, ibadah korban ini juga bertujuan menjadi kifarat bagi pelaksananya sama ada disebabkan kesilapan-kesilapan lalu yang dilakukan ataupun mungkin atas kecuaian diri sendiri. Dengan melalukan ibadah korban ini ianya sebagai satu langkah untuk mencari keredhaan Bagaimanapun, Allah SWT juga akan memberi ganjaran berlipat kali ganda jika ibadah ini dilaksanakan dengan penuh ketakwaan, ketaatan dan keikhlasan. Ini berdasarkan satu hadis nabi yang membawa maksud,

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.” – HR. Ahmad dan Ibnu Majah

Ibadah korban ini juga semestinya memberi satu kenikmatan yang tak terhingga apabila pada hari akhirat kelak, binatang yang kita korbankan itu akan menjadi saksi terhadap amalan ketaatan yang telah dilaksanakan. Pun begitu, ibadah korban ini merupakan sunat muakkad bagi individu yang mampu melakukannya dan ianya makruh meninggalkannya bagi yang berkemampuan dan bagi yang berniat korban nazar adalah wajib melaksanakannya. Wallahualam.