fbpx
AQIQAH BULAN FEBRUARI DI SUDAN
February 23, 2021
qurban dan aqiqah lembu kambing secara ansuran di amalqurban
SERTAI IBADAH QURBAN DAN AQIQAH SECARA ANSURAN
March 19, 2021
Show all

AMALQURBAN RAMADHAN RAMADAN AQIQAH QURBAN AKIKAH

Hadir dengan motto #feedthepoor bagi menyantuni mangsa bencana kemanusiaan di pelbagai pelusuk dunia, pihak Yayasan Amal Malaysia melalui Amal Qurban kini masuk tahun ke 17 program telah melancarkan program terbaru iaitu Aqiqah Ramadhan di Afrika.

Bakal memasuki bulan Ramadhan Al Mubarak tidak lama lagi, program ini sudah dibuka sehingga 30 April akan datang menawarkan harga untuk ibadah aqiqah serendah RM 480 bagi seekor kambing dan RM 350 bagi sebahagian lembu. Program Aqiqah untuk lembu dan kambing ini akan dijalankan di negara Chad.

Istimewa juga buat peserta, penyertaan daripada program Aqiqah Ramadhan di Afrika ini juga bakal menerima kurma ajwa percuma.

Program Aqiqah Ramadhan daripada AmalQurban kali ini khas untuk program Iftar Ramadhan buat para pelajar madrasah dan untuk komuniti Islam yang memerlukan di Chad sepanjang Ramadhan

Selain itu, berita baik buat bakal peserta Qurban, pihak Amal Qurban kini menerima bayaran secara ansuran bagi program qurban Aildil Adha yang bakal di sambut pada bulan Julai nanti. Bakal peserta qurban sudah boleh mula sertaikan sekarang secara atas talian di amalqurban.com dan boleh memilih pilihan menu bayaran ansuran mengikut pilihan berapa bulan yang diingini.

Pihak AmalQurban yakin pilihan secara ansuran ini membantu lebih ramai pihak untuk sertai ibadah qurban dengan lebih mudah.