fbpx
50 EKOR KAMBING DAN 7 EKOR LEMBU MENUTUP TIRAI OCTOBER
November 9, 2020
AQIQAH BULAN FEBRUARI DI SUDAN
February 23, 2021

2020 hampir sahaja melabuhkan tirainya. Pelbagai nikmat dan anugerah yang Allah telah limpahkan buat kita walau dalam situasi semasa wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia.Pelbagai hikmah tersembunyi di sebalik ujian ini.

Sudah tentu Allah akan mengangkat darjat mukmin yang tenang dan bersabar dengan ujian ini. Pasti ramai yang menanti saat membuat majlis sesama keluarga berkumpul untuk menzahirkan kesyukuran atas kelahiran zuriat yang Allah titipkan bersama amanah buat ibubapa.

Namun kita tidak lagi dapat meneruskan norma dahulu buat ketika ini kerana semuanya perlu kepada norma yang baru.Bersama AmalQurban, urusan ibadah zuriat anda akan dimudahkan. Aqiqah tetap dilaksanakan walau dalam fasa PKPP.

Penyertaan dibuka seluasnya sepanjang tahun bagi memudahkan ibubapa melaksanakan ibadah sunnah muakkad (sangat dituntut) ini.

Jom zahirkan kesyukuran dengan ketaatan.

Sertai kami di www.amalqurban.com