HUKUM AQIQAH TERHADAP ANAK YANG TELAH MENINGGAL DUNIA
February 28, 2020
Show all
SALAH FAHAM QURBAN DI AFRIKA

AMALQURBAN CAKNA

1. WAKTU

Afrika dan Malaysia sebenarnya bukanlah dalam WAKTU yang sama. Jarak antara Afrika dan Malaysia sangat JAUH.
Matahari terbit terlebih dahulu di MALAYSIA barulah terbit di Afrika.
Ini menyebabkan Afrika lewat dari Malaysia hampir 8 JAM!
Jika anda berhubung dengan kami dari Malaysia dalam waktu pagi.
Maka tahulah anda pada ketika itu kami baru sahaja MEREHATKAN tubuh badan dan TIDUR setelah seharian berpenat MENYEMBELIH dan MERAKAM kesemua haiwan Qurban dan Aqiqah anda

2. KEFAHAMAN UMAT ISLAM AFRIKA TENTANG IBADAH QURBAN

Sebenarnya bukan SEMUA umat Islam AFRIKA memahami tentang ibadah dan perlaksanaan QURBAN.

Daging LEMBU, KAMBING dan UNTA akan mereka dapatkan dengan cara BEREBUT-REBUT seperti pengalaman kami AmalQurban tahun lepas, belum lagi selesai sembelih semua haiwan QURBAN, mereka telah MEREMPUH beberapa relawan kami yang bertugas demi mendapatkan haiwan qurban daging SEGAR untuk bekalan makanan mereka. KEBULURAN dan LAPAR memaksa mereka bersaing untuk mendapatkan makanan, walaupun BEKALAN mencukupi untuk mereka MENERUSKAN hidup.

3. ORANG AFRIKA MENYEMBELIH UNTUK AMALQURBAN

Paling penting sebenarnya mereka TIDAK MENYEMBELIH untuk pihak AMALQURBAN kerana mereka kurang FAHAM tentang ibadah QURBAN.

Jika ada 3000 haiwan Qurban dan Aqiqah untuk disembelihkan dalam 4 hari Qurban, maka 3000 itulah atas izin Allah akan kami sembelih sendiri dengan kudrat yang Allah pinjamkan buat kami. WAKIL? tidak sama sekali, KAMI menegaskan bahawa tiada WAKIL untuk PIHAK KETIGA menyembelih Aqiqah dan Qurban anda.

Semoga AMALQURBAN dapat membantu lebih RAMAI lagi tahun INI.

Ingat Qurban, Ingat AMALQURBAN.