fbpx
TIGA SEBAB ANDA MAHU SERTAI QURBAN DAN AQIQAH BERSAMA AMALQURBAN
July 28, 2019
5 AQIQAH KAMBING TERAKHIR DI SUDAN
November 1, 2019


Kuala Lumpur, Sept 9 – Amal Qurban berjaya melaksanakan Majlis Apresiasi Amal Qurban Yayasan Amal Malaysia di Arina Skyview Kuala Lumpur semalam.

Majlis yang dihadiri oleh presiden Yayasan Amal Malaysia (AMAL Malaysia), penggerak Amal Qurban, tetamu-tetamu jemputan, Duta Amal Qurban, penyumbang 50 ekor kambing, para perunding Amal Qurban serta seisi keluarga turut memeriahkan suasana majlis berkenaan.

Dalam majlis berkenaan, Pengerusi Amal Qurban, Haji Zaman Abdullah berkongsi pengalaman dan rasa syukur ibadah qurban dan aqiqah dapat dilaksanakan di dalam negara seperti Sabah serta negara-negara luar seperti Afrika, Kemboja, India dan sebagainya.

Presiden AMAL Malaysia, Haji Hussin Ismail berkata, usaha Amal Qurban dilaksanakan di negara-negara muslim minoriti adalah sebagai wasilah dakwah disebarkan dan diperkenalkan dalam kehidupan mereka.

Majlis Apresiasi Amal Qurban ini dijayakan bagi menghargai setiap usaha duta, rakan kolaborasi, penyumbang, relawan, dan seluruh tenaga kerja Amal Qurban umumnya. Diharapkan semoga usaha-usaha seperti ini sentiasa dalam rahmah dan diredhai Allah.