fbpx
PENGALAMAN SEMBELIH QURBAN BERSAMA TEAM AMALQURBAN
February 25, 2019
LEGASI USAHA AL-MARHUM TG DATO DR HARUN DIN YANG MEMERLUKAN DOKONGAN KITA SEMUA
May 9, 2019

Petugas AmalQurban telah di kejutkan dengan penerimaan mesej WhatsApp oleh individu yang tidak dikenali sebagai cubaan oleh scammer untuk menipu.

Modus operandi scammer sangat teliti apabila telah mencuri default picture salah seorang pegawai AmalQurban untuk dan menyamar kepada seorang lagi pegawai AmalQurban sebagai cubaan untuk menipu.

Lakonan watak sebagai “Umar”
Kononnya akaun Maybank di block
Gambar default picture yang di curi dengan sedikit edit di letak Umar dalam ejaan jawi

Pihak AmalQurban mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan polis kerana ia melibatkan percubaan menipu dan dua individu terlibat merupakan petugas AmalQurban di mana nombor telefon beliau tertera di laman web amalqurban.com

Laporan Polis yang telah dibuat

Kami meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila menerima pesanan mesej daripada mereka yang tidak di kenali. Pihak AmalQurban juga menegaskan, nombor rasmi petugas AmalQurban hanya yang tertera di laman web www.amalqurban.com sahaja.