fbpx
TUNAIKAN AKIKAH SAMBIL BERSEDEKAH MEMBANTU MENAJA PENDIDIKAN TADIKA ANAK MUALLAF, YATIM & MISKIN DI PEDALAMAN SABAH
January 11, 2019
AWAS SCAMMER!
May 8, 2019
Show all


PENGALAMAN SEMBELIH QURBAN BERSAMA TEAM AMALQURBAN

Cikgu Mohamad Aman atau lebih lebih mesra di panggil Walid pertama kali sertai misi AmalQurban sebagai relawan ke Sudan pada Aidil Adha 2016

Tahun tersebut team yang di sertai Walid telah menyembelih lembu dan kambing di kawasan Khartoum, Omdourman dan Ombada sepanjang 4 hari tasriq. Alhamdulilah mereka telah menyempurnakan lebih dari 150 ekor lembu yang telah di amanahkan dan telah mengagihkan daging qurban kepada masyarakat yang memerlukan

Pada usia 60 tahun, ia adalah pertama kali Walid sertai misi kemanusiaan bersama AmalQurban, Yayasan Amal Malaysia dan tambah menarik ia adalah pengalaman pertama kali Walid berpeluang menyembelih lembu qurban

Ia menjadi kenangan yang paling indah buat Walid hinggakan tidak pernah ketinggalan sertai misi kemanusiaan bersama Yayasan Amal Malaysia di dalam mahupun luar negara hingga kini

Ramai lagi relawan AmalQurban telah temui bahagia dan cintakan kebajikan melalui misi kemanusiaan bersama team AmalQurban dan Yayasan Amal Malaysia