SIAPA YANG DITUNTUT MELAKSANAKAN QURBAN??
August 10, 2018
ZIARAH KEM PELARIAN BUMI CHAD, SI JANTUNG MATI AFRIKA
August 13, 2018
Show all

1- Mengganggap ibadah Qurban sekali seumur hidup sudah mencukupi.

Sebenarnya, ibadah qurban yang kita dilakukan berkali-kali pada setiap tahun itu dapat menggugurkan dosa-dosa kita dengan ibadah qurban yang dilakukan pada tiap-tiap kalinya itu.

Ibarat kita mengambil wudhuk yang baru ketika waktu solat yang baru telah masuk (sedangkan pada ketika itu kita masih berada dalam keadaan berwudhuk lagi), maka tatkala itu juga gugur dosa-dosa kecil kita dengan gugurnya air wudhuk yang baharu itu.

 

2- Jika Aqiqah belum dibuat, maka ibadah Qurban tidak boleh dilakukan.

Pendapat ini tidak betul sama sekali. Tiada syarat pun yang menyatakan bahawa seseorang itu tidak boleh melakukan Ibadah Qurban sekiranya dia belum melaksanakan ibadah Aqiqiah untuk dirinya.

BOLEH untuk melakukan Ibadah Qurban walaupun belum dilaksanakan Aqiqah terhadap dirinya sekalipun.

Tetapi jika berlaku pertembungan antara Aqiqah dan Qurban, maka dahulukanlah ibadah Qurban terlebih dahulu di waktu itu (Hari Raya Aidiladha). Hal ini kerana ibadah Qurban mempunyai waktu-waktu tertentu untuk dilakukan dan berlainan untuk ibadah Aqiqah (boleh dilakukan bila-bila masa).

 

3- Memilih binatang Qurban yang cacat anggotanya untuk disembelih.

 Antara ciri-ciri binatang yang tidak boleh dijadikan binatang Qurban:

  • Sakit dan jelas kecacatannya
  • Buta sebelah mata atau yang jelas kejulingan matanya
  • Tempang
  • Gemuk yang tidak bersum-sum (gemuk berkaki kontot / tidak normal)

 

4- Menganggap Qurban di luar negara adalah lebih afdhal.

 Melaksanakan Ibadah Qurban dalam negara sendiri adalah sangat baik sebenarnya. Namun, andai negara luar yang dimaksudkan itu sememangnya negara majoriti Muslim yang penduduk di sana sememangnya hidup dalam keadaan serba kekurangan dan sangat memerlukan sumber-sumber makanan daripada asas daging ini, maka ibadah Qurban di luar negara itu adalah lebih afdhal sebenarnya.

 

5- Tidak melafazkan WAKIL kepada juru sembelih.

 Yang terpaling afdhal sekali sebenarnya adalah bagi pendaftar ibadah Qurban itu sendiri menyembelih haiwan Qurban tersebut. Namun, andai kata berlakuapa jua masalah yang menghalang untuk dirinya berbuat sedemikian, maka eloklah diucapkan kepada jurusembelih (yang biasanya disediakan oleh pihak masjid / surau) seperti berikut :

Saya mewakilkan kepada si fulan bin si fulan untuk menyembelihkan haiwan Qurban saya itu ya…”

 

6- Mengasari atau menyakiti binatang Qurban ketika hendak sembelih.

 Haiwan Qurban yang hendak disembelih itu hendaklah ditumbangkan dengan sebaiknya dengan kadar sakit yang minimum oleh orang sekeliling. Jangan terburu-buru terus menyembelih haiwan itu setelah ditumbangkan. Tenangkanlah ia terlebih dahulu sehingga ia kembali tenang dan barulah mula menyembelihnya selepas itu.

 

7- Mengabaikan Sunnah Nabi SAW semasa Qurban.

 Antaranya ialah:

  • Menggunakan pisau yang tidak tajam
  • Menunjuk-nunjuk mata pisau di hadapan binatang Qurban
  • Menyembelih di hadapan binatang Qurban yang lain
  • Tidak menghadap Kiblat dan tidak mengiringi waktu sembelih itu dengan takbir
  • Tidak berdoa semasa sembelih (اللهم تقبل منا فإنك أنت السميع العليم)

Jom! Sama-sama mulakan azam untuk laksanakan Ibadah Qurban dengan baik selepas ini.

Mula membuat simpanan sedikit demi sedikit, dengan izin Allah, insyaAllah akan mampu juga kita meraih ganjaran Ibadah Qurban itu di suatu hari nanti.

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my

Atau Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717 (Kamil)