fbpx
KENAPA PERLU BERWAQAF AL-QURAN DI AFRIKA?
August 7, 2018
HINDARI 7 SALAH FAHAM LAZIM KETIKA BERQURBAN
August 12, 2018

Syarat-syarat bagi individu yang dituntut melakukan ibadah qurban pada hari raya Aidil adha dan hari-hari tashriq (11, 12 dan 12 Zulhijjah) adalah seperti yang berikut:

(a) Seorang Islam yang masih hidup.
(b) Seorang yang merdeka. Tidak dituntut ke atas hamba.
(c) Mencapai umur baligh dan berakal.
(d) Bermukim, iaitu menetap di sesuatu kawasan.
(e) Mampu melaksanakan, iaitu mereka yang mempunyai wang untuk berbelanja mendapatkan ternakan qurban, yang lebih daripada keperluannya dan keperluan mereka yang berada di bawah tanggungannya untuk Hari Raya dan Hari-hari Tasyrik kerana tempoh itulah masa bagi melakukan qurban.

1. Menurut Mazhab Syafie, ibadah disunatkan kepada mereka yang mempunyai harta yang melebihi keperluan darinya dan tanggungannya pada Hari Raya Aidil Adha dan hari-hari Tasriq (11,12 dan 13 Zulhijjah) termasuklah orang yang sedang mengerjakan haji.

2. Manakala kanak-kanak tidak disunatkan melakukan ibadah qurban.

SYARAT SAH HAIWAN TERNAKAN UNTUK QURBAN

Untuk memenuhi syarat-syarat sah sesuatu ibadah qurban, perkara-perkara berikut disyaratkan ke atas haiwan ternakan berkenaan, iaitu:

(a) Ibadah qurban tidak sah kecuali dengan haiwan ternakan sahaja, iaitu unta, lembu, kambing, biri-biri dan semua yang termasuk dalam jenisnya, sama ada jantan atau betina. Dengan itu, tidak sah berqurban selain dengan haiwan ternakan seperti kerbau liar, kijang, rusa, pelanduk dan seumpamanya.

(b) Haiwan ternakan itu hendaklah sihat dan bebas daripada sebarang penyakit.

(c) Haiwan ternakan itu tidak mempunyai kecacatan, sama ada tempang, buta, telinga koyak, patah sebelah
tanduk, cedera pada tubuh badan, kurus sehingga tidak mempunyai lemak, atau kecacatan yang lain sepertinya.

(d) Haiwan ternakan itu telah mencapai satu tahap minimum umur, iaitu:

(i) unta : berumur lima tahun masuk tahun keenam;

(ii) lembu/kerbau : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;

(iii) kambing : berumur dua tahun masuk tahun ketiga;

(iv) biri-biri : berumur satu tahun masuk tahun kedua, ataupun telah bersalin gigi hadapan.

 

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my

Atau Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717 (Kamil)