fbpx
MERUNGKAI PERBEZAAN ANTARA AMALQURBAN DENGAN EZQURBAN
August 6, 2018
KENAPA PERLU BERWAQAF AL-QURAN DI AFRIKA?
August 7, 2018

Qurban ialah ibadat. Setiap qurban yang dilakukan kerana ibadat mempunyai hikmah dan faedah selain daripada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Hal ini sama dengan ibadat-ibadat yang lain juga.

Ia juga sebagai melahirkan tanda keimanan, ketaatan dan kesyukuran seseorang kepada Allah SWT terhdap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.

HIKMAH  PERTAMA

Mengingati, memahami, menghayati dan mengambil iktibar daripada kisah pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah SWT untuk mengorbankan anaknya sendiri, Nabi Ismail a.s.

Amalan ini adalah rentetan warisan daripada sejarah yang panjang dan menarik, yang sentiasa diperbaharui setiap tahun dan insyaAllah akan berkekalan sehingga ke akhir zaman. Ia merupakan satu ingatan yang berkekalan tentang akhlak Nabi Ibrahim a.s yang unik dan terpuji yang mungkin tidak akan ditemui lagi di dalam dunia ini.

HIKMAH KEDUA

Berkongsi nikmat dan rezeki yang Allah berikan dengan orang lain di hari raya AidilAdha.  Ketika seorang Muslim menyembelih qurbannya, maka ia telah berkongsi nikmat bersama keluarganya dengan memakan sebahagian daging tersebut.

Dan ketika memberi sedekah bahagian yang lain untuk jiran-tetangga dan kerabatnya, maka dia telah berkongsi nikmat dan rezeki dengan mereka.

HIKMAH KETIGA

Mendidik manusia secara amali dari segi kasih sayang, simpati dan timbang rasa dengan mengorbankan sebahagian daripada miliknya semata-mata kerana Allah SWT

HIKMAH KEEMPAT

Membantu orang fakir dan mereka yang berhajat/memerlukan serta menggembirakan mereka bersama anak, isteri & keluarga mereka.

HIKMAH KELIMA

Mengeratkan hubungan persaudaraan antara anggota masyarakat Islam dan semangat berjemaah sekaligus dapat menanam perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

 

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my 
Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717  (Kamil)