fbpx
HUKUM BERKAITAN DAGING QURBAN
August 3, 2018
MERUNGKAI PERBEZAAN ANTARA AMALQURBAN DENGAN EZQURBAN
August 6, 2018

Majoriti dalam kalangan kita sanggup berhutang bila berkaitan keperluan peribadi atau keluarga.Tapi bila masuk sahaja bab seperti korban, wakaf, infaq dan lain-lain, kita akan seperti acuh tak acuh dan malas nak dengar walaupun komitmen bayaran untuk membantu saudara-saudara kita mungkin hanya setahun sekali.

Lebih menyedihkan, statistik menunjukkan 34.4% (usia 35 hingga 44 tahun) paling ramai diisytiharkan bankrap kerana faktor hutang kereta dan hutang peribadi (Berita Harian, 14 Mac 2018). Bila dah banyak komitmen hutang, boleh jadi fokus kita mengumpulkan duit untuk urusan ibadah akan terganggu.

Kalau kita dah banyak baca tentang tips-tips kewangan untuk elak muflis ,di sini pula ada 4 tips mudah untuk sertai korban di usia muda.

TIP 1

“Pasang niat pada awal tahun untuk sertai korban”

Apa kata kita berazam awal-awal untuk sertai korban pada setiap awal tahun. Bila ada niat yang kuat, sudah pasti akan disusuli dengan tindakan yang tersusun. Jangan pandang rendah pada kekuatan niat ini ya.

TIP 2

“Wujudkan tabung khas korban untuk diri sendiri “

Seperti mana kita kumpul duit untuk perkara yang lain, apa kata kita kumpul dalam RM 70 sebulan sebagai persiapan khas untuk sertai korban. Katakan harga sebahagian lembu korban dalam RM 650 untuk tahun tersebut, kita hanya perlu kumpulkan dalam RM 81.25/sebulan sahaja untuk tempoh 8 bulan sahaja.

Nanti dah kumpul duit tu, jangan pandai-pandai pula guna untuk benda lain. Kacau jadinya.

TIP 3

“Sertai Skim Tabung Qurban”

Sekarang ini dah banyak institusi yang melaksanakan skim tabung Qurban. Antaranya “Tabung Qurban Bank Rakyat dan “Tabung Ibadah Qurban YAPEIM”. Kesemua skim tabung ini bertujuan untuk memudahkan umat Islam merancang untuk melaksanakan ibadah korban apabila tiba hari raya Aidil Adha. Simpanan wang pula boleh dibuat secara bulanan.

Menariknya, tabungan  melalui skim-skim ini terjamin dan dipantau oleh jawatankuasa berautoriti dan supaya mencapai tahap profesionalisme pengurusan yang tinggi  . Maklumat lanjut boleh didapati pada laman sesawang institusi berkenaan.

TIP 4

“Belajar dan Praktik Simpan Duit”

Nak atau tak, inilah amalan yang wajib kita belajar apabila berkaitan kewangan. Kita mungkin akan susah untuk praktikkan TIPS KE-2 di atas sekiranya kita tiada disiplin menyimpan duit yang kuat. Paling asas, boleh mulakan dengan simpan duit hijau (RM5) yang kita gunakan dalam urusan seharian kita.

Boleh simpan di mana-mana pun asalkan kita tidak gatal tangan untuk menggunakan duit itu. Ada rezeki lebih, boleh naikkan amaun simpanan kita kepada RM 20,RM50 dan sebagainya.

InsyaAllah 4 tip di atas ini kita boleh cuba agar kita tak akan terlepas untuk menjadi peserta korban setiap tahun.

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my 

Atau Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717  (Kamil)