fbpx
KAMUS ISTILAH QURBAN
August 2, 2018
4 TIPS SERTAI KORBAN DI USIA MUDA
August 4, 2018

STATUS HUKUM DAGING QURBAN

Hukum berkaitan daging qurban terbahagi kepada beberapa status seperti yang berikut:

(a) Haram memakan daging bagi orang yang melakukan qurban nazar (wajib) dan juga ahli keluarga di bawah tanggungannya walaupun sedikit.  Jika telah dimakan daging itu maka wajib diganti kadar yang dimakan itu tetapi tidak wajib dia menyembelih semula yang lain.

(b) Hukum pemberian daging qurban sunat kepada orang bukan Islam adalah haram menurut ulama mazhab Shafie kerana qurban adalah ketaatan unuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Adapun, Abu Hanifah Rahimahullah memberikan rukhsah (keringanan) bagi kafir zimmi yang fakir untuk diberikan kepada mereka daging korban. Kesimpulannya, untuk isu ini perlu dilihat kepada maslahah dan juga siyasah syar’iyyah.

(c) Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulunya haram dijual oleh orang melakukan ibadah qurban sama ada qurban wajib atau qurban sunat.

(d) Bahagian atau anggota sembelihan qurban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan, kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan qurban.

(e) Sunat bagi individu yang melakukan qurban sunat(tatawu’) memakan daging qurbannya.

PEMBAHAGIAN DAGING QURBAN

Pembahagian daging qurban terbahagi kepada dua jenis, iaitu sembelihan qurban wajib (nazar) dan sembelihan sunat seperti yang berikut:

(a) Pembahagian daging qurban wajib atau nazar:
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin, dan haram bagi pihak orang yang berqurban memakan daging qurbannya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya.

(b) Pembahagian daging qurban sunat:
Menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i:

(i) 1/3 untuk dimakan oleh pihak yang berqurban dan ahli keluarganya;
(ii) 1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin;
(iii) 1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai termasuk orang kaya atau jiran-jiran.

Yang paling afdal menurut pandangan ulama mazhab Shafi‘i ialah bersedekah semuanya kecuali pada beberapa ketul atau suapan yang agak berpatutan dimakan oleh orang yang berqurban untuk mengambil berkat, seperti sebahagian hati kerana ianya sunat dimakan. Amalan ini pernah dilakukan oleh Nabi SAW ketika Baginda melakukan qurban.

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my 

Atau Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717  (Kamil)