fbpx
NAK BUAT MANA DULU? KORBAN ATAU AQIQAH?
August 2, 2018
HUKUM BERKAITAN DAGING QURBAN
August 3, 2018

Istilah qurban dan aqiqah dalam bahasa Arab yang dimelayukan kadang-kadang adalah memeningkan betul?

Anda nak tahu perkataan-perkataan yang biasa didengar tapi tak semua orang tahu maksud sebenar perkataan-perkataan ini? Haa, meh kami share pada anda serba sedikit keterangan bagi istilah yang biasa digunakan masyarakat Malaysia terutamanya di dalam ceramah dan slot yang berkaitan qurban dan aqiqah.

Ibadah penyembelihan haiwan qurban itu dikenal juga dengan istilah udhhiyah (أضحیة) sebagai bentuk jamak dari bentuk tunggalnya (asalnya) dhahiyyah ( ضحیة )

 

 1. “Qurban

bermaksud nama bagi sesuatu yang diqurbankan, atau nama bagi ternakan yang disembelih pada Aidil Adha. Qurban bermaksud menyembelih ternakan tertentu dengan taqarrub kepada Allah SWT pada masa-masa tertentu. Ia juga diertikan sebagai ternakan an’am (binatang sembelihan yang boleh dimakan) yang disembelih pada Hari Nahar dengan tujuan taqarrub kepada Allah SWT.

2.  “Taqarrub

bermaksud perbuatan atau amalan yang dilakukan bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah qurban adalah salah satu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT berdasarkan kepada surah al-Kauthar ayat 2, surah al-Hajj ayat 36.

3.“Nazar

bermaksud janji kepada Allah SWT. Menurut al-Mawardi, nazar ialah iltizam (mewajibkan diri) untuk melakukan qurbah (sesuatu yang boleh menghampirkan diri kepada Allah) yang pada asalnya tidak wajib di sisi syarak. Dengan berniat nazar, ibadah tersebut bertukar dari hukum asal kepada hukum wajib.

4. “Qurban Nazar

bermaksud qurban yang diwajibkan ke atas individu yang berazam untuk melakukan qurban nazar. Contohnya, apabila seseorang menyebut: “Wajib ke atas diriku berqurban seekor kambing kerana Allah SWT”.

5. “Qurban Sunat (tatawu’)

 bermaksud qurban yang dilakukan bukan niat kerana bernazar. Ia dikira sunat kerana tidak ada sebab-sebab dan syarat yang menjadikannya wajib.

6. “Sunat Muakkadah

bermaksud sunat yang amat dituntut untuk melakukan ibadah qurban, dan makruh meninggalkan bagi yang berkemampuan.

7. “Hari Nahar

bermaksud Aidil Adha atau Hari Raya Qurban, iaitu pada 10 Zulhijjah.

8. “Hari Tasyrik

bermaksud 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my 
Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717  (Kamil)