fbpx
KENAPA BUAT KORBAN DI AFRIKA?
August 1, 2018
KAMUS ISTILAH QURBAN
August 2, 2018

Ramai yang bertanya, sekiranya belum dilaksanakan aqiqah untuk diri sendiri atau anak lagi, bolehkah dibuat ibadah korban?  Jawapannya adalah: BOLEH

Ibadah korban dan aqiqah tiada kaitan sama sekali walau kedua-duanya adalah sunat muakkad. Tidak seperti kaitan wudhu’ dan solat di mana tidak sah solat seseorang tanpa wudhu’, ibadah korban boleh dibuat walaupun seseorang itu masih belum melaksanakan ibadah aqiqah pada tempoh yang dibenarkan.

PERLAKSANAAN IBADAH AQIQAH
Pertama: baik anak lelaki mahupun perempuan, sama-sama di syariatkan supaya dilaksanakan aqiqah.
Kedua:  perbezaan bahawa anak lelaki dengan 2 ekor kambing sedangkan anak perempuan dengan satu ekor kambing.
Walaubagaimanapun, anak lelaki sebaik-baiknya Lebih  (afdhal) diaqiqahkan dengan 2 ekor kambing,

manakala anak perempuan pula seekor kambing. Akan tetapi seekor kambing sudah memadai bagi tujuan menunaikan tuntutan ibadah aqiqah tersebut, ini kerana Rasulullah s.a.w. sendiri melaksanakan aqiqah untuk cucu baginda dengan seekor kambing sahaja.
Apabila ibu bapa itu tidak mampu membuat aqiqah anaknya, ketika berusia 7 hari, bolehlah diperbuatnya ketika umur anak 14 hari. Kemudiannya ketika umur 21 hari. Jika tidak boleh, maka sunat diperbuatnya hingga anak itu dewasa (baligh).

Ibadah korban pula hanya boleh dilaksanakan pada Hari Raya Aidiladha iaitu 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Manakala ibadah aqiqah pula boleh dibuat sepanjang tahun.

Amal_Qurban_Catatan_Kembara_Qurban_Sudan_Play_3

Walaubagaimanapun, mendahulukan ibadah korban apabila menghampiri tempoh korban adalah lebih utama berbanding aqiqah kerana keterbatasan tempoh korban  namun dapat melaksanakan kedua-duanya adalah lebih baik, sekiranya mampu.

Jika tidak sempat melaksanakan aqiqah pada hari ke-7 kelahiran, maka boleh dilaksanakan pada hari ke -14 atau 21. Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya:

“Tiap-tiap anak itu tertebus (terpelihara daripada kemudaratan dan kemungkaran) dengan aqiqahnya, disembelih haiwan untuknya pada hari ketujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. -Maksud hadith riwayat Ahmad dan Tirmidzi.

Ulama’ juga memberi ruang pelaksanaan aqiqah anak oleh ibu bapa sehingga akil baligh. Setelah akil baligh dan masih belum melaksanakan aqiqah, terserah kepada si anak atau si ibu bapa untuk menunaikan ibadah aqiqah.

Namun, sangat dianjurkan untuk si anak menunaikan ibadah aqiqah untuk dirinya sendiri yang masih belum terlaksana untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan membantu ibu bapanya melaksanakan hak aqiqah ke atas dirinya.

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my 
Call Hotline :

012-9654802 (Umar)

011-11234461 (Ain)

011-11234655 (Syafiqah)

011-11234717  (Kamil)