fbpx
HUKUM AQIQAH BAGI ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN
July 23, 2018
NAK BUAT MANA DULU? KORBAN ATAU AQIQAH?
August 2, 2018

Sebenarnya, Yayasan Amal telah melakukan sebanyak 9 misi AmalQurban di Sudan sebelum ni. Pada tahun 2018 ni, kami bakal melaksanakan misi yang kesepuluh di Sudan insyaAllah. Sudan asalnya adalah sebuah negara yang besar. Oleh kerana perang saudara, negara Sudan sudah terpecah dua.

Di sebelah selatan, negara tersebut dikenali dengan South Sudan. Ibu negaranya ialah Juba. Negara Sudan yang asal masih kekal di bahagian utara. Nama rasminya Republic of Sudan. Ibu negaranya adalah Khartoum.

Mengikut laman web United Nations, Sudan meliputi kawasan seluas 1,861,484 km persegi dan menjadikan ia negara ketiga terbesar di benua Afrika. Ia bersempadan dengan 7 buah negara iaitu Mesir, Eritrea, Ethiopia, Sudan Selatan, Central African Republic, Chad dan Libya.

Populasi rakyat Sudan pula dianggarkan oleh United Nations seramai 37,289,406 orang yang terdiri daripada bangsa Arab dan bangsa Afrika. Walaupun rakyat Sudan berkomunikasi dengan bahasa Arab, namun di sana terdapat lebih 70 dialek bahasa dan kumpulan etnik yang memberikan kepelbagain kepada negara Sudan.

Apa yang penting, fakta dari Biro Statistik Pusat (UN) menunjukkan bahawa 46.5 peratus penduduk Sudan didapati berada di bawah garis kemiskinan. Inilah antara sebab utama yang menyebabkan Yayasan Amal membuat misi AmalQurban di sana. Congakan mudahnya 46.5% daripada 37,289,406 adalah bersamaan dengan 17,339,573 orang.

Bayangkan, seramai 17 juta lebih rakyat Sudan adalah miskin ! Ditambah pula tempat tinggal sebahagian mereka adalah di kem-kem pelarian yang sudah pasti tidak sama dengan rumah kita yang selesa lagi ber’aircond’.

Satu perkara yang menarik yang sempat dirakamkan oleh team AmalQurban ialah daging-daging korban yang diedarkan kepada rakyat Sudan, mereka akan jemur dan keringkan. Setelah ditanya, mereka memberitahu apabila daging kering, ia boleh disimpan lebih lama untuk dimakan di luar musim korban.

Setelah itu, tahulah kami bahawa untuk kebanyakan rakyat Sudan, daging adalah makanan dan hadiah istimewa bagi mereka. Jika tiada program seperti ini, sukar untuk mereka menikmati hidangan bersumberkan daging.

Sungguh sukar kehidupan mereka. Kerana itu, mereka perlu dibantu sedaya kita. Mari menyumbang bersama Yayasan amal melalui AmalQurban.

======================================

Berminat sertai ibadah qurban bersama Amalqurban?

Whatsapp : http://amalqurban.wasap.my